Search

Wednesday, 31 July 2013

Memberi dan menjawab Salam


Ilmu ini sekadar untuk dikongsi bersama. 
Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Seringkali kita mendengar apabila orang memberi salam, mereka menggantikan singkatan perkataan bagi  ‘ASSALAMUALAIKUM’ ataupun ‘ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH’ kepada :


·         A’kum

·         Semekom
·         Mekom
·         Askum dan sebagainya.


Tahukah anda makna disebalik perkataan tersebut? Pernahkah kita tertanya adakah ianya membawa sebarang maksud? Adakah itu cara menjawab salam dengan betul atau cara menyampaikan salam?


Thursday, 20 June 2013

Hargai mereka..

Bismillahirrahmanirrahim
PERNAHKAH KITA TERFIKIR ??

Kita sebenarnya beruntung  kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terleka akan hal itu,
Kadangkala kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kadangkala kita tidak memberinya peluang untuk menerangkan keadaannya yang sebenar.
Bagi kita, itu hanya sekadar alasan untuk membela diri dan menutup kesilapannya.
Tanpa kita sedari, kita juga sebenarnya pernah berbuat demikian terhadapnya.
Kita mampu memberi beribu alasan dan memaksanya menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita akan perasaannya ?
Seperti kita, dia juga manuasia biasa yang tidak lari dari merasa kecewa
tetapi malangnya kita seringkali terlupa
.

Monday, 17 June 2013

S.A.H.A.B.A.T

Salam Ukhwah..


Sahabat?

Siapa yang dikatakan sahabat bagi kita?
Apa peranan sahabat kepada kita?
Berbicara soal sahabat, mengingatkan saya tentang sahabat-sahabat saya. Betapa indahnya nilai ukhuwah yang terjalin tiada bandingan. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, biarlah doa pengikat ukhuwah sentiasa bersama walaupun hakikatnya, jasad tidak bersama.

Jika Tuhan menciptakan pelangi untuk mengindahkan langit,
maka Tuhan menciptakan sahabat untuk keindahan hidup kita
Sahabat itu seperti bintang, jarang kelihatan
tapi kita sedar ianya sentiasa wujud.

Sahabat adalah seseorang yang selalu membuat hati kita bahagia.
Sahabat selalu membuat hidup jauh lebih menyenangkan.
Sahabat sejati sentiasa ada disaat tawa hadir,
ataupun dikala air mata mengalir.

Saturday, 15 June 2013

HANYA PADA MU KAMI BERDOA

Apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi
masalah dan ujian daripada Allah s.w.t ?

Merintih dan mengadulah segala perkara yang terbuku dihati kepada Allah s.w.t
dengan mengunakan medium doa selepas solat
Sesungguhnya, dia Maha Mendengar 
InsyaALLAH La Tahzan
(Tiada lagi kesedihan)


Terkadang tak seharusnya setiap masalah yang kita hadapi
secepatnya kita nak cerita kepada orang.
Paling pun orang hanya mampu  response, bersabarlah..
Dengan itu, apa pun yang kita rasa takkan meringankan kesedihan kita pun.

Kita harus menerima kenyataan bahawa tak 
semua orang akan menyenangi dan menyukai akan 
setiap butir kata yang keluar daripada mulut kita.
Meskipun itulah kenyataan dan hakikat yang sebenar.
Setiap orang lain pendapat dan pandangan.
Timbul pula masalah lain yang lebih menyedihkan
dan mengusutkan fikiran kita yang sudah sedia terganggu 
sekiranya kita tidak dapat menerima respon mereka.


 Cukuplah semua perkara tu diadukan kepada Allah s.w.t
kerana hakikat seorang muslim itu ialah
menunjukkan sebenar-benar sifat lemah dan kehambaannya
ketika dia berhadapan Allah s.w.t.
masa didepan Allahlah kita tunjukkan siapa diri kita
macamana kita nak meraung ke, menangis, mengadu,merintih.
Lakukannyalah.. DIA sentiasa mendengar.  

JATUH CINTA

C.I.N.T.A = dua jiwa dlm satu fikiran & dua hati dlm satu debaran. 
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? 
Cinta umpama kota kristal indah yang cantik di pandangan mata sahaja.


Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna 
memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir.
 Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya,
bibir mengukir snyuman terindah.
 Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. 
Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat. 

Jodoh kita??




Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Sunday, 19 May 2013

Bicara Hati

..Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat sahabat2.
Berbicara soal hati.. Ingin sekali saya berkongsi apa yang baca di dalam 1 artikel yang menarik perhatian pembacaan saya.
Tidak dapat dinafikan, sekarang banyak orang sibuk berbicara tentang cinta.. mengimpikan suami atau isteri yang solehah ,Kenapa mesti begitu..??

 a successful marriage is a door to Jannah. I find that it is beautiful when it is said that if a woman is a man's key to paradise (by helping him to fulfill his deen with her through marriage and being an obedient wife), so, a man is a woman's door to Jannah. The key that opens the door - a husband and a wife need each other's help to get there, masya-Allah. -petikan dari artikel tersebut-

Tidak dinafikan, Kaum hawa mengimpikan ingin seseorang yang dapat membimbing dirinya ke arah kebaikan,lelaki yang memelihara hatinya hanya untuk dia dan yang mampu pimpin keluarga.Kaum adam pula mesti mengimpikan hawa yang sentiasa menjaga hatinya hanya untuk dia,yang dapat membantu dia memimpin keluarga,bersedia untuk melayari bahtera bersamanya.Setiap orang punyai impian begitu.
Pernah tak anda terfikir,anda akan dapat orang yang diinginkan itu hanya dengan "meng" update status di facebook or twitter "saya inginkan suami soleh" atau "ku menanti tulang rusukku"...?? hanya menanti seseorang yang diimpikan di depan komputer riba ...begitukah..??? of course NO..!

"I tell the boys and girls; Allah has already written the name of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time." - Sheikh Mamdouh {petikan dari article}

Sunday, 3 March 2013


KAPREZA is the annual Karnival Premier Za'ba that is organized by Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Kebangsaan Malaysia which will be held in March 2013.
COME & DONT FORGET TO JOIN ..

Friday, 1 March 2013

Kenapa Anda Perlu Join Bisnes Tunetalk-ToneExcel


Salam Sejahtera,

Jika anda masih memikirkan perlu ke anda buat bisnes ni, berikut adalah
beberapa sebab mengapa saya pandang ini sebagai satu peluang keemasan.

1. Pertama ia merupakan produk keperluan. Ada affiliate atau tidak, orang
mesti pakai. Pengguna prepaid pula sangat ramai, hampir 25 juta rakyat
malaysia menggunakan prepaid. Maknanya pasaran sangat luas.

2. Kedua: Nak join sangat murah, ramai orang mampu, maintain juga tidak
membebankan, ramai pengguna prepaid top-up setiap bulan berkali ganda
dari jumlah maintain yang diperlukan, maka ramai yang tak akan merasa
beban untuk maintain setiap bulan.

3. Ketiga: Downline kita kalau nak topup tak perlu jumpa kita, mereka
boleh dapatkan top-up di kedai topup, 7eleven, stesen minyak, Maybank2u
Cimb Clicks atau mesin atm. Wow !! Ini alasan paling besar, kerana kalau
kita tengah tidur mereka topup, maknanya kita tidur pun dapat duit.

Thursday, 28 February 2013

Bisnes Prepaid TuneTalk


Salam Sejahtera,

Saya telah menjumpai satu perniagaan prepaid yang pada pendapat saya
satu perniagaan yang mempunyai peluang amat cerah untuk maju dimasa
akan datang iaitu perniagaan Prepaid Tunetalk. Ia merupakan produk
seterusnya selain daripada AirAsia, TuneHotel dan lain-lain lagi.

Ni peluang besar yang saya baru dapat. Orang top up prepaid kita dapat
komisyen hingga 20%. Ni bukan program jual prepaid macam mymode
atau mastereload.

Ni cuma ajak orang tukar line (telco) prepaid, no lama boleh dikekalkan.
Lepas tu setiap kali mereka top up, kita dapat komisyen sampai
bila-bila selagi mereka gunakan prepaid tunetalk tu.

Kini anda juga berpeluang untuk sama-sama berkembang dengan TuneTalk
disamping menjana pendapatan yang lumayan dan berterusan. Untuk
maklumat lanjut tentang peluang perniagaan ini sila layari :

www.bisnesprepaid.com/ctaisyah

Salam Usahawan

--
SITI AISHAH BINTI NUNURUNG
www.bisnesprepaid.com/ctaisyah