Search

Saturday, 15 June 2013

HANYA PADA MU KAMI BERDOA

Apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi
masalah dan ujian daripada Allah s.w.t ?

Merintih dan mengadulah segala perkara yang terbuku dihati kepada Allah s.w.t
dengan mengunakan medium doa selepas solat
Sesungguhnya, dia Maha Mendengar 
InsyaALLAH La Tahzan
(Tiada lagi kesedihan)


Terkadang tak seharusnya setiap masalah yang kita hadapi
secepatnya kita nak cerita kepada orang.
Paling pun orang hanya mampu  response, bersabarlah..
Dengan itu, apa pun yang kita rasa takkan meringankan kesedihan kita pun.

Kita harus menerima kenyataan bahawa tak 
semua orang akan menyenangi dan menyukai akan 
setiap butir kata yang keluar daripada mulut kita.
Meskipun itulah kenyataan dan hakikat yang sebenar.
Setiap orang lain pendapat dan pandangan.
Timbul pula masalah lain yang lebih menyedihkan
dan mengusutkan fikiran kita yang sudah sedia terganggu 
sekiranya kita tidak dapat menerima respon mereka.


 Cukuplah semua perkara tu diadukan kepada Allah s.w.t
kerana hakikat seorang muslim itu ialah
menunjukkan sebenar-benar sifat lemah dan kehambaannya
ketika dia berhadapan Allah s.w.t.
masa didepan Allahlah kita tunjukkan siapa diri kita
macamana kita nak meraung ke, menangis, mengadu,merintih.
Lakukannyalah.. DIA sentiasa mendengar.  


Kenapa tidak kita mengadu pada Allah kan?
Sebab Dia dah berfirman


 Maksudnya :
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai 
Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) 
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. 
Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), 
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
Surah Al-Baqarah, Ayat 186

Allah mengatakan yang Dia adalah hampir dengan kita dan sentiasa ada bersama kita.
Maksudnya macam kawan kita paling rapat
dan orang paling dekatlah yang tahu segala macam benda tentang kita.

Jadi pokok persoalan yang tak perlu dipersoalkan adalah
Allah itu adalah yang paling hampir dengan kita
dan mengadulah dengan Dia

Alhamdulilah
Sebab selepas itu, secara tidak sedar
Allah akan susupkan suatu ketenangan
yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata
ketenangan yang mendamaikan hati dan fikiran kita
masalah itu akan terbang dengan sendirinya dan membuat kita
Tidur dengan lenanya.

 Cuba kita ambil iktibar kisah Nabi Yaakub a.s
ketika dia menghadapi kesedihan kehilangan
anak kesayangannya Nabi Yusuf a.s.
Baginda mengatakan;


Maksudnya :
Ya´qub menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah 
aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, 
dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya".
Surah Yusuf, Ayat 86

dan

firman-Nya lagi


"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita 
apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, 
serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami
dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah?
Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)."
Surah Al-Naml, Ayat 62

No comments: