Search

Saturday, 15 June 2013

JATUH CINTA

C.I.N.T.A = dua jiwa dlm satu fikiran & dua hati dlm satu debaran. 
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? 
Cinta umpama kota kristal indah yang cantik di pandangan mata sahaja.


Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna 
memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir.
 Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya,
bibir mengukir snyuman terindah.
 Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. 
Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat. 


Cinta bukan paksaan.

 Ia lahir dari dua perasaan, 

kehadirannya tidak diundang, 

perginya tiada yang merelakan 
kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan. 
Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan 
yang tidak terucap oleh kata-kata.
Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya 
kita menyintai seseorang,
disaat kita sedang kehilangannya. 
Dan kadangkala kita juga menyedari 
betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita,
disaat kita amat memerlukannya. 
Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan
 tetapi jarang percintaan berakhir dengan persahabatan. 


Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, 
manakala 
perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. 
Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, 
cinta suci atau cinta sejati.




2 comments:

bilis said...

ehemmm ehmmm....

Unknown said...

hehe ok x entry nie??