Salam Ukhwah..
Sahabat?
Siapa
yang dikatakan sahabat bagi kita?
Apa
peranan sahabat kepada kita?
Berbicara soal sahabat, mengingatkan saya tentang sahabat-sahabat saya. Betapa indahnya nilai ukhuwah yang terjalin tiada bandingan. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, biarlah doa pengikat ukhuwah sentiasa bersama walaupun hakikatnya, jasad tidak bersama.
Berbicara soal sahabat, mengingatkan saya tentang sahabat-sahabat saya. Betapa indahnya nilai ukhuwah yang terjalin tiada bandingan. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, biarlah doa pengikat ukhuwah sentiasa bersama walaupun hakikatnya, jasad tidak bersama.
Jika Tuhan menciptakan pelangi untuk mengindahkan langit,
maka Tuhan menciptakan sahabat untuk keindahan hidup kita
Sahabat itu seperti bintang, jarang kelihatan
tapi kita sedar ianya sentiasa wujud.
Sahabat adalah seseorang yang selalu
membuat hati kita bahagia.
Sahabat selalu membuat hidup jauh lebih
menyenangkan.
Sahabat sejati sentiasa ada disaat tawa
hadir,
ataupun dikala air mata mengalir.
Sahabat tahu akan ketakutanmu, tapi menunjukkan keberanianmu.
Dia tahu dan sedar akan kekuranganmu, namun menunjukkan
kelebihanmu
dan tetap memilih bersamamu ketika orang lain meninggalkanmu.
Indahnya persahabatan adalah saat kita memberi tanpa
mengharapkan balasan.
Sahabat adalah dia yang tahu apa yg dia
miliki ketika bersamamu,
bukan dia yg menyedari siapa dirimu
setelah dia kehilanganmu.
Jangan pernah sakiti sahabat,
kerana sahabat adalah cara Tuhan menunjukkan
bahawa
DIA tidak ingin kamu sendirian dalam
menjalani suka duka
kehidupan dunia sementara ini.
Sahabat adalah mereka yang tahu bahawa terdapat kesedihan di
matamu ketika seluruh dunia percaya dengan senyum yang terpapar di wajahmu.
Bersedih dengan orang yang tepat lebih baik
daripada berbahagia dengan orang yang salah.
Justeru itu, bijaklah dalam memilih sahabat.
Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa,
kadangkala
mampu mengalirkan airmata kita.
Sesunguhnya,
mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira,
sayang dan rindu.
Namun,
sedarkah kita bahawa mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah yang tak ternilai.
Biarpun
hadirnya hanya seketika dan sekadar
teman sementara,
bersyukurlah
dengan kehadirannya kerana barangkali
melaluinya kita mengenal erti
PERSAHABATAN.
...
“Persahabatan itu anugerah
persahabatan itu persaudaraan sesama
insan
persahabatan itu terjalin apabila terjadinya pertemuan
persahabatan itu adalah persaudaraan yang
akrab
atas dasar-dasar ketulusan, keikhlasan,
kejujuran
dan erti persahabatan yang tulus suci berpaksikan keimanan
dan
persahabatan itu adalah amanah seorang sahabat
di dalam menjalinkan persahabatan”
di dalam menjalinkan persahabatan”
“ Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang sering denganku Dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku Untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku makin percaya diri, Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka, jika aku dapat, Aku ingin setia padanya…” (Imam Shafie)
“ Jika indah satu pertemuan,
jangan akhiri dengan
perpisahan,
Jika suci suatu perkenalan,
jangan cemari dengan
pendustaan,
Jika bernilai sebuah perhubungan,
hargailah ia dengan
KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN”
.jpg)
No comments:
Post a Comment