..Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat sahabat2.
Tidak dapat dinafikan, sekarang banyak orang sibuk berbicara tentang cinta.. mengimpikan suami atau isteri yang solehah ,Kenapa mesti begitu..??
a successful marriage is a door to Jannah. I find that
it is beautiful when it is said that if a woman is a man's key to
paradise (by helping him to fulfill his deen with her through marriage
and being an obedient wife), so, a man is a woman's door to Jannah. The
key that opens the door - a husband and a wife need each other's help to
get there, masya-Allah. -petikan dari artikel tersebut-
Tidak dinafikan, Kaum hawa mengimpikan ingin seseorang yang dapat membimbing
dirinya ke arah kebaikan,lelaki yang memelihara hatinya hanya untuk
dia dan yang mampu pimpin keluarga.Kaum adam pula mesti mengimpikan hawa
yang sentiasa menjaga hatinya hanya untuk dia,yang dapat membantu dia
memimpin keluarga,bersedia untuk melayari bahtera bersamanya.Setiap
orang punyai impian begitu.
Pernah tak anda terfikir,anda akan dapat orang yang diinginkan itu hanya
dengan "meng" update status di facebook or twitter "saya inginkan suami
soleh" atau "ku menanti tulang rusukku"...?? hanya menanti seseorang
yang diimpikan di depan komputer riba ...begitukah..??? of course NO..!
"I
tell the boys and girls; Allah has already written the name of your
spouses for you. What you need to work on is your relationship with
Allah. He will send him/her to you when you're ready. It is only a
matter of time." - Sheikh Mamdouh {petikan dari article}
Jangan asyik menanti or memikirkan soal jodoh,bila ia akan datang kalau
kita masih belum bersiap sedia untuk menerimanya.Jagalah hubungan kita
dengan kekasih hati kita,Allah s.w.t kemudian Allah akan hantarkan
pasangan yang telah ditetapkan untuk kita..in shaa Allah.
"...Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana
apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan
khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya
daripada kita...".
Buat kaum adam :Tidak perlu menabur ayat-ayat cinta atau puisi indah
kepada sang kekasih yang tidak halal bagimu.Sebaliknya bersiap diri
terlebih dahulu sebelum sibuk mencari hawamu,anda merupakan seorang
"pemimpin"..tiba saatnya nanti,pasti ia akan tiba dan impianmu itu akan
tercapai untuk memiliki mawar agama.
Buat kaum hawa : Jangan terlalu asyik melayan perasaan atau kata-kata
cinta dari sang adam yang bukan halal bagimu...kerana belum tentu dia
ditakdirkan untukmu.siapkan diri juga untuk menanti mujahid yang
dihantar oleh Allah S.W.T untukmu.
"...Saya
mahu terus berubah menjadi seorang muslimah yang baik, menuju ke arah
gelaran solehah. Bukan kerana dia, tetapi kerana Dia. Kerana
insya-Allah, saya akan terus tetap sandarkan keyakinan dan kepercayaan
tiada batas kepada Allah. Benar, baitul muslim sentiasa dalam
perancangan masa hadapan tetapi biarlah diri ini mantap dahulu di tangga
pertama maratib amal yakni bergelar individu muslim. Bersusah-susah
dahulu di dunia kerana sesungguhnya yang indah-indah itu di syurga
sahaja..."
Berdoa dan berdoa untuk yang terbaik, bukan hanya untuk kehidupan di
dunia tetapi juga untuk akhirat. Mintak Allah ampunkan dosa-dosa kita,
'dosa, keluarga kita, guru, ibu bapa kita dan kawan-kawan'. Dan meminta Allah untuk membantu diri untuk menjadi di kalangan lelaki/perempuan yang soleh/solehah.
** Artikel yang dikongsi itu bertajuk "Stop searching for a prince"
No comments:
Post a Comment