Ilmu ini sekadar untuk dikongsi bersama.
Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Seringkali kita mendengar apabila orang memberi salam, mereka menggantikan singkatan perkataan bagi ‘ASSALAMUALAIKUM’ ataupun ‘ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH’ kepada :
· A’kum
· Semekom
· Mekom
· Askum dan sebagainya.
Tahukah anda makna disebalik perkataan tersebut? Pernahkah kita tertanya adakah ianya membawa sebarang maksud? Adakah itu cara menjawab salam dengan betul atau cara menyampaikan salam?
Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.
Sekiranya perkataan ‘Assalamualaikum’ itu panjang, maka hendaklah kita gantikannya dengan perkataan ‘As Salam’ yang mempunyai maksud yang sama.
Begitu juga dengan perkataan ‘BYE’ kerana perkataan tersebut adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud ‘Di Bawah Naungan Pope’.
Seperkara lagi, perlu diingat semasa menjawab salam, kebiasaanya kita dengar orang menjawab salam dengan bunyi “WAALAI KUM SALAM”. Walhal ayat yang betulnya adalah “WAALAI KUMUS SALAM”.
Janganlah kita persendakan dan memandang enteng akan gurauan berkenaan dengan perkara-perkara di atas kerana jelas sekali ianya menyalahi syariat dan hukumnya berdosa.
*Semoga mendapat manfaat dari post ini.. Wallahu ‘alam bisawab.


No comments:
Post a Comment