Search

Wednesday, 31 July 2013

Memberi dan menjawab Salam


Ilmu ini sekadar untuk dikongsi bersama. 
Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Seringkali kita mendengar apabila orang memberi salam, mereka menggantikan singkatan perkataan bagi  ‘ASSALAMUALAIKUM’ ataupun ‘ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH’ kepada :


·         A’kum

·         Semekom
·         Mekom
·         Askum dan sebagainya.


Tahukah anda makna disebalik perkataan tersebut? Pernahkah kita tertanya adakah ianya membawa sebarang maksud? Adakah itu cara menjawab salam dengan betul atau cara menyampaikan salam?


Thursday, 20 June 2013

Hargai mereka..

Bismillahirrahmanirrahim
PERNAHKAH KITA TERFIKIR ??

Kita sebenarnya beruntung  kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terleka akan hal itu,
Kadangkala kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kadangkala kita tidak memberinya peluang untuk menerangkan keadaannya yang sebenar.
Bagi kita, itu hanya sekadar alasan untuk membela diri dan menutup kesilapannya.
Tanpa kita sedari, kita juga sebenarnya pernah berbuat demikian terhadapnya.
Kita mampu memberi beribu alasan dan memaksanya menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita akan perasaannya ?
Seperti kita, dia juga manuasia biasa yang tidak lari dari merasa kecewa
tetapi malangnya kita seringkali terlupa
.

Monday, 17 June 2013

S.A.H.A.B.A.T

Salam Ukhwah..


Sahabat?

Siapa yang dikatakan sahabat bagi kita?
Apa peranan sahabat kepada kita?
Berbicara soal sahabat, mengingatkan saya tentang sahabat-sahabat saya. Betapa indahnya nilai ukhuwah yang terjalin tiada bandingan. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, biarlah doa pengikat ukhuwah sentiasa bersama walaupun hakikatnya, jasad tidak bersama.

Jika Tuhan menciptakan pelangi untuk mengindahkan langit,
maka Tuhan menciptakan sahabat untuk keindahan hidup kita
Sahabat itu seperti bintang, jarang kelihatan
tapi kita sedar ianya sentiasa wujud.

Sahabat adalah seseorang yang selalu membuat hati kita bahagia.
Sahabat selalu membuat hidup jauh lebih menyenangkan.
Sahabat sejati sentiasa ada disaat tawa hadir,
ataupun dikala air mata mengalir.

Saturday, 15 June 2013

HANYA PADA MU KAMI BERDOA

Apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi
masalah dan ujian daripada Allah s.w.t ?

Merintih dan mengadulah segala perkara yang terbuku dihati kepada Allah s.w.t
dengan mengunakan medium doa selepas solat
Sesungguhnya, dia Maha Mendengar 
InsyaALLAH La Tahzan
(Tiada lagi kesedihan)


Terkadang tak seharusnya setiap masalah yang kita hadapi
secepatnya kita nak cerita kepada orang.
Paling pun orang hanya mampu  response, bersabarlah..
Dengan itu, apa pun yang kita rasa takkan meringankan kesedihan kita pun.

Kita harus menerima kenyataan bahawa tak 
semua orang akan menyenangi dan menyukai akan 
setiap butir kata yang keluar daripada mulut kita.
Meskipun itulah kenyataan dan hakikat yang sebenar.
Setiap orang lain pendapat dan pandangan.
Timbul pula masalah lain yang lebih menyedihkan
dan mengusutkan fikiran kita yang sudah sedia terganggu 
sekiranya kita tidak dapat menerima respon mereka.


 Cukuplah semua perkara tu diadukan kepada Allah s.w.t
kerana hakikat seorang muslim itu ialah
menunjukkan sebenar-benar sifat lemah dan kehambaannya
ketika dia berhadapan Allah s.w.t.
masa didepan Allahlah kita tunjukkan siapa diri kita
macamana kita nak meraung ke, menangis, mengadu,merintih.
Lakukannyalah.. DIA sentiasa mendengar.  

JATUH CINTA

C.I.N.T.A = dua jiwa dlm satu fikiran & dua hati dlm satu debaran. 
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? 
Cinta umpama kota kristal indah yang cantik di pandangan mata sahaja.


Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna 
memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir.
 Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya,
bibir mengukir snyuman terindah.
 Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. 
Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.